Organic Saffron is selling fast! Get yours today! Beli Sekarang!
icon-search
icon-search

INFO SUSU KAMBING: KHASIAT DAN NUTRISI YANG ADA DALAM SUSU KAMBING

INFO SUSU KAMBING: KHASIAT DAN NUTRISI YANG ADA DALAM SUSU KAMBING 


Kalau kita bercakap berkenaan Susu Kambing, kita sebagai orang Asia Tenggara dah biasa dengar atau amalkan amalan susu kambing ini. Manakala, mengikut Good Housekeeping dalam sebuah artikal yang berjudul 'All of the nutritional facts and health benefits of goat milk' yang di publish april 2020.


"While goat milk seem like a new trend in the United Stated, it's actually popular internationally and has been around for ages over 65% of the world's population drink goat milk." 


United Stated baru mula menjadikan susu kambing sebagai amalan dalam kehidupan seharian mereka. Berbalik kepada Asia Tenggara terutama Malaysia. Masih ramai lagi antara kita yang tidak gemar minum susu kambing kerana baunya sedikit hamis yang membuatkan kita rasa loya kepada individu yang sensetif terhadap bau berkenaan. 

Ini adalah salah satu faktor menyebabkan ramai yang memilih untuk amalkan susu lembu atau soya bagi mendapatkan sumber kalsium penting untuk kesihatan dan mengekalkan tulang yang kuat. 


"Maka makanlah yang halal lagi thoyyib (baik) dari rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepadamu, dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya menyembah."

(QS. An Nahl 16 : 114)


Nutrisi Susu Kambung (1 Cup)

  • 140 kalori 
  • 7g jumlah lemak 
  • 4g lemak tepu 
  • 0g lemak trans 
  • 25mg kolestrol 
  • 115mg natrium 
  • 11g karbohidrat
  • 0g serat makanan 
  • 11g gula 
  • 8g protien


Susu Kambing bebas dari 'dairy'?

Mana-mana produk susu daripada haiwan dianggap dairy, tetapi bergantung kepada haiwan itu mungkin terdapat perbezaan dalam nutrisi pemajanan dan komposisi. Disebabkan perbezaan ini, sesetengah orang yang sensitif terhadap satu jenis susu mungkin bertolak ansur dengan jenis susu yang lain dengan lebih baik. 

Susu kambing mempunyai banyak manfaat kesihatan yang menjadikannya lebih mudah untuk dihadam bagi orang tertentu yang biasanya mempunyai sensitif laktosa. 





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping