Organic Saffron is selling fast! Get yours today! Beli Sekarang!
icon-search
icon-search

RESEPI MASAKAN: NASI ARAB YEMENI MENDHI SAFFRON

RESEPI MASAKAN: NASI ARAB YEMENI MENDHI SAFFRON

RESEPI MASAKAN: NASI ARAB YEMENI MENDHI SAFFRON


Dekat Malaysia dah jadi sinonim, nasi arab menjadi menu hidangan rakyat malaysia untuk menjamu kepada tetamu, sanak saudara, dan sabahat yang datang ke rumah. Tak lupa juga nasi arab sudah menjadi menu kegemaran untuk di sajikan kepada seisi keluarga pada hari minggu. Lagi-lagi bila menggunakan Pes Nasi Arab Yemedi Mendhi, mudah, senang, dan sedap. 


Jadi anda semua dah tahu resepi yang saya nak kongsikan hari ini. Yup! Cara mudah untuk sediakan Nasi Arab. Paling best semua bahan-bahan penting dah disediakan. Tinggal anda perlu sediakan bahan-bahan untuk lauk sahaja. Sama ada anda nak sajikan Nasi Arab dengan ayam bakar ke, ayam goreng ke, ayam rebus ke? atau dengan daging atau kambing. Anda hanya perlu 8- 10 minit untuk hidangkan Nasi Arab. 


NASI ARAB YEMENI MENDHI SAFFRON

Bahan-Bahan:

- 1 pack beras nasi arab (500g/1kg)

- 1 pack pes nasi arab (500g/1kg)

- 1 helai daun salam (jika ada) 

- Air 700ml (500g) 1300ml (1kg)

- 5 biji tomato

- 5 batang cili padi

- 3 tangkai daun ketumbar 

- Secukup rasa garam


Cara Penyediaan Nasi: 

1. Basuh dan rendam beras selama 30 min.

2. Masukkan Pes Yemedi Mendhi ke dalam air dan panaskan sehingga mendidih. 

3. Tapiskan beras dan masukkan ke dalam didihan pes tadi.

4. Biarkan nasi menjadi kering dan masukkan pewarna.

5. Tutup selama 15 minit dan siap untuk dihidangkan.


Cara Penyediaan Sos Tomato:

1. Kisar tomato sehingga hancur

2. Kemudian masukkan cili padi, 2 tangkai daun ketumbar, dan setengah sudu kecil garam. Kisar sekejap 

3. siap untuk dihidang. 


Itu sahaja untuk resepi hari ini. Semoga kita berjumpa pada resepi akan datang! Insyaallah! Bye, selamat mencuba. 

Plsstt, kalau anda suka dah buat resepi ini. cuba komen sikit dekat bawah, best tak menu ini dan senang tak cara nak buat? 




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping