Organic Saffron is selling fast! Get yours today! Beli Sekarang!
Cart 0

RESEPI MASAKAN: RESEPI MACARONI CARBONARA SAFFRON

RESEPI MASAKAN: RESEPI MACARONI CARBONARA SAFFRON 

Macam yang ibu-ibu baca tajuk kita hari ini. Menu kita hari ini adalah makanan barat sikit. hehehe. Siapa je orang malaysia yang tak suka cuba makan makanan yang baru lagi-lagi makanan orang barat, kan?

Okey, Hari ini kita tak payah intro panjang-panjang. Menu kita hari ini adalah Macaroni Carbonara Saffron. Yes! ibu-ibu baca betul, Saffron. Sebab kita memang nak fokus kan apa menu yang boleh dan sesuai untuk gunakan Saffron. 

Lagi satu, kenapa saya kongsikan menu ini sebab menu ini kegemaran saya. hehehe 


Resepi Macarani Carbonara Saffron 


Bahan-Bahan:

  • Macaroni - 1 peket 
  • Mushroom carbonara - 1 tin 
  • Full cream milk - secawan 
  • Bawang holland - setengah biji (cincang dadu)
  • Bawang putih - 5 ulas  (cincang)
  • Sosej (potong-potong)
  • Saffron 


Cara Penyediaan:

  1. Rebuskan macaroni bagi empuk dengan sedikit garam dan minyak. 
  2. Kemudian, panaskan kuali dan masukkan butter secukupnya. 
  3. Tumiskan bawang sampai naik bau. Seterusnya masukkan udang, sosej. 
  4. Masukkan sos mushroom carbonara, susu full cream milk, kuib ayam, garam (jika perlu)
  5. Akhir sekali, masukkan macaroni yang sudah direbus dan toskan sehingga sebati.
  6. Siap! Hidangkan kepada seluruh keluarga 


Itu sahaja untuk resepi hari ini. Semoga kita berjumpa pada resepi akan datang! Insyaallah! Bye, selamat mencuba. 

Plsstt, kalau anda suka dah buat resepi ini. cuba komen sikit dekat bawah, best tak menu ini dan senang tak cara nak buat? 




Older post Newer post