Organic Saffron is selling fast! Get yours today! Beli Sekarang!
icon-search
icon-search

Saffron Dalam Kabinet 2 Tahun?! 6 Cara Kreatif Untuk Menggunakannya!

Saffron Dalam Kabinet 2 Tahun?! 6 Cara Kreatif Untuk Menggunakannya!

Saffron Dalam Kabinet 2 Tahun?! 6 Cara Kreatif Untuk Menggunakannya!


Pernah tak bila anda kemas dapur terjumpa stok makanan yang tersimpan lama dalam kabinet? Sampai kita sendiri lupa bila masa kita beli ini. Yang paling terkejut, bila jumpa stok yang kita beli dengan harga mahal tapi tak terguna macam saffron. 

Bila 'check' balik, 2/3 tahun dah saffron dalam kabinet kita. Nak buang, sayang sebab kita beli bukan murah.  

Persoalannya, macam mana kita nak manfaatkan saffron yang lama ini?

Jangan risau, sebelum anda membuangnya. Kami akan berkongsi 6 cara mudah dan kreatif untuk memastikan anda manfaatkan saffron lama sebaiknya. 


6 Cara Kreatif Untuk Amalkan Saffron lama!

best-and-worst-oils-for-your-health-1440x810

1) Minyak Saffron: Menambah Rasa Pada Masakan Harian 

Salah satu cara yang paling mudah untuk menngunakan saffron lama adalah dengan membuat minyak saffron berinfusi (Saffron Infused Oil). Saffron mempunyai rasa yang kaya dan wangi, dengan menginfusikan saffron dalam minyak, anda boleh mengekalkan rasa tersebut lebih lama walaupun saffron dah tak 'fresh' macam dulu.

Cara membuatnya:-

~ Panaskan minyak seperti minyak zaitun atau minyak kelapa pada suhu rendah. 

~ Masukkan beberapa helai saffron ke dalam minyak dan biarkan saffron meresap selama beberapa minit. 

~ Setelah minyak beraroma dan berwarna kuning keemasan, tapis untuk membuang helai saffron dan simpan minyak di dalam botol bersih. 

Minyak ini boleh digunakan dalam masakan harian seperti tumisan, salad atau sebagai penambah perisa akhir pada masakan yang sudah siap. Cuba anda bayangkan, anda menambah beberapa titisan minyak saffron pada pasta atau salad hijau. Saffron akan memberikan rasa yang sangat eksklusif dan eksotik.


2) Kuah Saffron: Rasa Yang Mendalam Untuk Sup Dan Rebusan 

download (1)

Bagi mereka yang suka masakan berkuah atau masak makanan yang berkuah, Saffron boleh menambah lapisan rasa yang mendalam dan aroma yang kaya pada sup dan rebusan.

Saffron sangat sesuai digunakan dalam masakan berasaskan makanan laut seperti sup ikan atau paella. Bukan itu sahaja, Saffron juga sesuai dengan ayam, daging lembu, dan sayur-sayuran. 

Cara membuatnya:-

~ Ambil sedikit air suam dan masukkan beberapa helai saffron. Tunggu beberapa minit. 

~ Tambahkan saffron yang sudah direndam ke dalam rebusan sup dan kuah. 

~ Gaul rat dan biarkan saffron larut ke dalam kuah. Saffron akan dan warna emas yang cantik. 

Di Perancis, terdapat satu masakan yang menggunakan saffron sebagai bahan utama yang merupakan sup makanan laut dan dikenali sebagai bouillabaisse. Saffron menambah kepekatan dan kelazatan yang sukar di tiru dengan rempah lain. 


3) Sirap Saffron (Saffron Syrup): Sentuhan Manis Untuk Pencuci Mulut Dan Koktail 

honey-syrup-1200x628-email-9c5ff57e5f424cedb9fac85ed440dc6b


Gunakan saffron lama untuk membuat sirap saffron merupakan cara bijak dan kreatif untuk manfaatkan saffron sepenuhnya. Sirap saffron boleh digunakan dalm pelbagai pencuci mulut, atau bahkan sebagai bahan dalam koktail untuk memberikan rasa dan aroma yang mewah. 

Cara membuatnya:-

~ Satukan 1 cawan air dan 1 cawan gula dalm periuk kecil. 

~ Tambahkan beberapa helai saffron. 

~ Didihkan campuran ini pada api sederhana rendah sehingga gula larut sepenuhnya. 

~ Setelah sirap berwarna keemasan dan saffron kelihatan terendam, tapiskan campuran tersebut dan simpan dalam botol. 

Anda dah boleh gunakan sirap saffron! Boleh gunakan untuk menyiram pencuci mulut seperti ais krim, panna cotta, atau digunkan sebagai bahan tambahan dalam koktail atau teh. Ini adalah cara yang hebat untuk mengekalkan rasa saffron dalam pelbagai hidangan manis. 


4) Teh Saffron: Minuman Santai Dan Beraroma 

Untitled_design_26_1200x1200


Di China, biasanya teh china diminum untuk membantu memenangkan mereka. Sama juga dengan teh saffron, dapat membantu untuk menenangkan dan menyegarkan kita. Dikenali juga sebagai herba yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan seperti meningkatkan mood dan sistem imuniti. 

Teh saffron sangat mudah disediakan dan sesuai untuk diminum pada bila-bila masa. 

Cara membuatnya:-

~ Masukkan beberapa helai saffron ke dalam cawan. 

~ Tuangkan air panas dan biarkan selama beberapa minit.

~ Boleh juga tambah stevia, madu, dan lemon bagi menambah rasa manis atau masam.

Teh saffron mempunyai khasiat kesihatan yang baik, seperti membantu pencernaan dan memberikan rasa relaksasi. Walaupun sarron anda sudah agak lama, masih boleh memberikan secawan teh yang sedap dan menenangkan. 


5) Nasi Saffron: Penaik Rasa Dan Warna 

1397244161464


Mengunakan saffron sebagai pewarna dan penaik rasa ketika menanak nasi merupakan cara paling mudah dan klasik. Walaupun saffron anda sudah tidak segar dan kualitinya rendah, rasa dan warnanya tetap boleh memberikan sentuhan istimewa pada nasi. Nasi saffron sangat popular dalam masakan Timur Tengah, Sepanyol, dan India. 

Cara membuatnya:-

~ Sebelum nanak nasi, tambah beberapa helai saffron ke dalam beras anda dan nanak seperti biasa. 

~ Untuk jadikan saffron sebagai pewarna nasi, rendamkan saffron dalam sedikit air suam. Setelah nasi siap,  masukkan rendaman saffron ke dalam periuk nasi dan gaul rata. 

Kehangatan nasi akan mengeluarkan intipati saffron, menghasilkan nasi yang berwarna kuning keemasan dan beraroma wangi. Nasi saffron ini sesuai dihidangkan bersama hidangan kari, ayam panggang atau hidangan daging lain. 


6) Pencuci Mulut Berperisa Saffron: Sentuhan Eksotik

b5bedbd02bbf9a056c7bc17e7c6222b1

Jika anda ingin mencuba sesuatu yang manis dan unik, menambah saffron ke dalam pencuci mulut seperti kastard, puding, atau ais krim adalah idea yang terbaik. Saffron menambah keunikkan rasa menjadikannya sangat sesuai untuk pencuci mulut yang kaya dengan susu atau krim. 

Saffron puding susu (Dikenali sebagai Kesari Kheer dari India):-

~ Panaskan susu di atas api yang sederhana. 

~ Masukkan beberapa helai saffron yang telah direndam dalam susu suam.

~ Tambahkan gula, kacang almond, dan pistachio ke dalam campuran 

~ Biarkan mendidi sehingga pekat. 

Puding saffron ini boleh dihidangkan hangat atau sejuk, dan warna serta rasanya akan memukau tetamu anda. Malah saffron lama boleh membeikan rasa istimewa kepada pencuci mulut ini. 


Kesipulannya, dengan sedikit kreativiti, saffron yang sudah lama di dalam kabinet boleh diubah menjadi pelbagai hidangan yang mengugah selera. Jangan biarkan rempah yang berharga ini membazir, terbuang begitu sahaja.  Jadikan artikal ini sebagai salah satu inspirasi untuk mencipta hidangan yang penuh warna, rasa dan aroma yang istimewa. 


Jangan Ketinggalan! Ikuti kami di Media Social dan Blog untuk Tip Eksklusif dan Resepi Saffron! 

Untuk terus bersama dan terokai lebih banyak tip bergna dan resipi kreatif tentang cara menggunakan saffron dalam masakan harian anda! Ikuti kami di media social dan blog untuk inspirasi kulinari, maklumat tentang saffron, serta promosi istimewa yang hanya tersedia untuk pengikut kami.

Follow kami sekarang di Instagram, FacebookTiktok dan Blog untuk update harian yang menarik!
📩 Hubungi di talian 019-2582293 kami untuk mendapatkan tawaran eksklusif dan diskaun istimewa!

Ingin mencuba saffron premium kami? Jangan tunggu lagi!
🛒 Dapatkan saffron asli dari Khurasan dengan kualiti terbaik terus ke pintu anda. Nikmati aroma dan rasa yang mengagumkan dalam setiap hidangan.
Klik pautan di bawah untuk pesan sekarang dan jadikan masakan anda lebih eksotik dengan saffron yang terjamin mutunya!



Related products



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping